Sejarah Bank Scotland

Jata asal Bank

Penubuhan

Bank Scotland ditubuhkan di bawah Akta Parlimen Scotland pada 17 Julai 1695, Akta untuk mendirikan sebuah Bank di Scotland, dan membuka perniagaannya pada bulan Februari 1696. Walaupun ditubuhkan selepas Bank England (1694), Bank Scotland adalah institusi yang berbeza. Bank England ditubuhkan untuk membiayai perbelanjaan pertahanan oleh kerajaan Inggeris sementara Bank Scotland ditubuhkan oleh kerajaan Scotland untuk menyokong perniagaan Scotland, dan dilarang dari meminjamkan wang kepada kerajaan tanpa izin parlimen . Akta penubahan memberi bank monopoli perbankan awam di Scotland untuk 21 tahun, menbenarkan para pengarah bank untuk menaikkan £1,200,000 Pound Scotland (£100,000 Pound Sterling) modal nominal, memberikan pemegang sahamnya liabiliti terhad, dan dalam klausa terakhir (dimansuhkan hanya pada 1920) member semua pemegang saham rakyat Scotland kelahiran asing "untuk semua Niat dan Tujuan apa-apa". Warga Inggeris, John Holland adalah salah seorang pengasas bank. Ketua Akauntan pertamanya adalah George Watson.

Abad ke-18 dan ke-19

Bank Scotland memainkan peranan dalam menyalurkan wang untuk Pemberontakan Jacobite pertama pada 1715. Akibatnya, monopoli Bank berakhir pada 1716, dan pesaing utamanya, Bank Diraja Scotland telah ditubuhkan oleh Royal Charter pada 1727. Ini menyebabkan pesaingan besar yang lama di antara dua buah bank tersebut apabila mereka bersaing untuk menyingkirkan lawan masing-masing. Walaupun "Perang Bank" tamat pada sekitar 1740, pesaingan kemudian timbul dari sumber-sumber lain apabila bank-bank Scotland lain ditubuhkan. Sebagai tindak balas, Bank Scotland mula membuka cawangan di seluruh Scotland. Cawangan pertama di London dibuka pada 1865.

Bank juga mengambil inisiatif utama dalam menubuhkan pengawalan dan kestabilan keseluruhan sistem perbankan Scotland, yang menjadi penting selepas jatuhnya Bank Ayr pada 1772. Dengan kejatuhan Bank Barat pada 1857, Bank Scotland bersama bank-bank lain di Scotland langkah penyelamat untuk memastikan kesemua nota-nota Bank Barat telah dibayar.

Abad ke-20

Cawangan Bank di Dataran St Andrews, Edinburgh. Ini adalah ibu pejabat lama Bank Linen British.

Pada tahun 1950an, Bank Scotland terlibat dalam beberapa penggabungan dan pengambilan bank-bank lain. Pada tahun 1955, Bank bergabung dengan Union Bank of Scotland. Bank juga meluaskan perniagaannya ke kredit pengguna dengan pembelian North West Securities (now Capital Bank) yang beribu pejabat di Chester. Pada 1971, Bank bersetuju untuk bergabung dengan Bank Linen British Linen yang dimiliki oleh Barclays Bank. Penggabungan ini membolehkan Bank Barclays memperolehi suatu 35% kepentingan dalam Bank Scotland, dan kekal sehingga tahun 1990an. Bahagian perbankan perdagangan Bank Scotland dilancar semula sebagai Bank Linen British (sekarangnya dikenali sebagai Perkhidmatan Penbendaharaan HBOS).

Pada 1959 Bank Scotland menjadi bank pertama di UK untuk yang memasang komputer untuk memproses akaun secara berpusat. Pada pukul 11 pagi 25 Januari 1985, Bank memperkenalkan HOBS (Home and Office Banking Services) - suatu penggunaan awal teknologi akses dari jauh yang diadakan untuk pelanggan perbankan. Ini diikuti suatu perkhidmatan berskala kecil yang dibuat bersama dengan Nottingham Building Society untuk dua tahun tetapi dibangunkan oleh Bank Scotland. Perkhidmatan HOBS membenarkan pelanggan untuk mengakses akaun mereka secara terus di kaca televisyen, menggunakan rangkaian telefon Prestel.

Pengembangan antarabangsa

Dengan penemuan minyak di Lautan Utara di Scotland pada 1970an, Bank Scotland mengembangkan perniagaannya ke sektor tenaga. Bank kemudian menggunakan kepakaran ini dalam kewangan tenaga untuk pengembangan antarabangsa. Pejabat antarabangsa pertama dibuka di Houston, Texas, diikuti oleh cawangan lain di Amerika Syarikat, Moscow dan Singapura. Pada 1987, Bank mengambil alih Countrywide Bank of New Zealand (kemudiannya dijual ke Lloyds TSB pada 1998). Bank kemudian mengembangkan operasinya ke Australia dengan membeli Bank Australia Barat yang beribu pejabat di Perth.

Suatu tempoh kontroversi dalam sejarah Bank adalah percubaan untuk memasuki pasaran runcit perbankan Amerika Syarikat melalui usahasama dengan evangelist Pat Robertson. Usaha ini menerima bantahan dari kumpulan hak sivil di UK kerana pandangan kontroversi Robertson tentang homoseksualiti. Bank terpaksa membatalkan perjanjian itu apabila Robertson mengatakan Scotland sebagai suatu "tanah gelap yang dipenuhi golongan homoseksual".

HBOS

Ibu pejabat di Jalan North Bank, Edinburg (jalan yang dinamakan sempena perpindahan bank di sana pada tahun 1806).

Pada lewat 1990an, pasaran sektor kewangan UK menghadapai proses konsolidasi besar-besaran. Banyak institusi kewangan menjadi bank atau bergabung dengan bank sedia ada. Antaranya Bank Lloyf dan Bank TSB yang bergabung pada 1995 untuk mendirikan Lloyds TSB. Pada 1999, Bank Scotland membuat tawaran pengambilalihan NatWest Bank. Bank Scotland adalah lebih kecil berbanding NatWest dan langkah ini dilihat sebagai suatu langkah yang berisiko. Apabila Royal Scotland membuat tawaran juga, suatu peperangan untuk mengambilalih Bank NatWest berlaku, yang akhirnya dimenangi oleh Royal Scotland.

Bank Scotland kini menarik perhatian untuk penggabungan lain. Satu cadangan untuk bergabung dengan Abbey National telah dikaji, tetapi kemudian ditolak. Pada 2001, Bank Scotland dan Halifax bersetuju bergabung untuk mendirikan HBOS ("Halifax Bank of Scotland"). Ibu pejabat entiti ini terletak di Edinburgh, dan jenama kedua bank akan terus digunakan.

Sejak itu, HBOS telah berkembang untuk menjadi bank keempat terbesar di UK dari segi nilai pasaran, dan peminjam pajak gadai terbesar UK. Di Scotland, kesemua cawangan Halifax telah dinamakan Bank Scotland, dengan jenama Halifax hanya digunakan untuk produk pajak gadai dan simpanan. Cawangan Halifax di England menggunakan jenama Bank Scotland untuk tujuan perniagaan.

Akta HBOS Group Reorganisation 2006

Pada 2006, HBOS diluluskan melalui HBOS Group Reorganisation Act 2006, suatu Akta Parlimen yang membenarkan Kumpulan untuk berjalan operasi dalam struktur yang lebih mudah. Akta ini membenarkan HBOS untuk menjadikan Gabenor dan Syarikat Bank Scotland sebagai sebuah syarikat awam terhad, Bank of Scotland plc, yang kini adalah subsidiari utama HBOS. Halifax plc dan subsidiari lain HBOS, Capital Bank plc, memindahkan aset dan liabiliti ke Bank Scotland plc, dan jenama Halifax dikekalkan.